Khamis, 29 Mac 2012

Ini Karangan Aku

"Ramai member aku kat sane suke bace blog kau,sial la"
-Pelajar Kulinari Uitm Dungun-


"Tak sangka dalam diam,blog kau sangat ohsem"
-Budak kelas sebelah-


"Sentap! but I love the way u are"
-Future Wife-



Segalanya-galanya bukan bermula dari atas dan ianya dari bawah,sepertimana agen MLM bingai yang mendaki satu level ke satu hieraki yang paling tinggi,begitu juga aku.Cuma jalan ceritanya sahaja berlainan daripada MLM yahudi ni.

Bakat menulis aku mula dikesan sejak awal 4 tahun lagi,ketika kanak-kanak yang lain asyik bermain dengan tanah liat,anak patung malah ada yang menyusu botol lagi.Aku sudah bertatih-tatih dalam bidang penulisan.Karya pertama yang dicipta ialah "The Art Of The Wall".Sebuah karya agung yang mampu membuatkan mana-mana emak didunia akan terasa hati dan terharu.Mana tidaknya pensil dan kaler abang dan kakak aku dibuat untuk menconteng dinding.Sebuah penulisan yang tidak mampu untuk diterjemahkan dengan kata-kata yang penuh dengan putaran.Ia macam biasa sudah puas menulis grafiti dinding puan emak akan terkejut dan terus terpukul sebagai tanda pengajaran supaya aku tidak lagi menconteng dinding.Aku menangis teresak-esak tak henti-henti dan mak aku hanya membiarkan sahaja,kerna beliau tahu jika aku dilayan aku akan bertambah mengada-ngada.


Memandangkan aku merasakan diriku tidak dihiraukan aku berhenti menangis secara automatik,penat jugak meraung-raung sampai bengkak mata tapi mak aku masih meneruskan aktiviti memasak.Ia mana-mana emak sudah pasti sudah tahu kerenah anak-anak masing-masing.Seakan tidak puas hati aku ke dapur untuk membuat kacau sebagai tanda protes kerena pensil dan kaler aku dirampas.Ku lihat di peti ais ada magnet buah-buahan yang melekat.Aku tarik-tarik magnet yg melekat tu dipeti ais sehingga menyebakan peti ais itu calar.Ia dan sekali lagi bulu ayam singgah dikaki.Sakitnya bukan kepalang,pedih dia sama macam kekasih kau curang dan kemudian kahwin dengan orang lain.Perghhh..bisa gila.


Aku menangis dan terus menangis sebab yang ini bukan mengada-ngada tapi memang sakit gila.Kadang aku berpusing-pusing 360darjah dan aku usap-usap kaki untuk menghilangkan rasa panas akibat dirotan.Tiba-tiba mak aku datang dan memberikan sehelai kertas dan sebatang pensil seraya berkata " lain kali jangan conteng-conteng dinding tahu..nak conteng,conteng kat sini".Aku kembali tersenyum comel @__@ kerana masih boleh meneruskan karya epik aku itu.*bahagia.


Darjah 6 sekitar pertengahan bulan Mei 2003,sebagai seorang pustakawan aku banyak menghabiskan masa diperpustakaan untuk membaca.Ok yang bab membaca itu tipu.Aku lebih suka duduk diperpustakaan untuk bermain puppet di Sudut Mari bercerita dan kemudian bermain wrestling dengan rakan sedarjah yang lain.Kalau membaca pun buku Asuh je yang aku lain.Itu pun aku baca komik setann gemuk dan setan kurus je.Oh ya dan lagi satu buku Kawan.Entah masa tu macam satu Fenomena kiranya.Awal-awal bulan lagi ramai yang berebut nak baca buku kawan.Siap ada yang menyorokkan lagi buku tu,takut-takut ade orang lain yang baca dulu.Mungkin ada lagi kot Dr Nina dan Zultek antara cerita yg terkandung dalam buku tu.Dewan Pelajar? Kuntum? oh ya semuanya tentang komik je yang aku akan baca.Kadang-kadang terselak jugak ruangan mari berkenalan tu.Kahkahkah.


UPSR makin menghampiri,macam-macam ujian dijalankan antaranya Karangan Bahasa Melayu.Ingat lagi masa tu aku diberikan tajuk Aku ialah.......Semua sedia maklum bukan karangan jenis autobiografi.Contoh aku sebatang pensil,aku sebatang konek dan juga aku sepasang kasut.Macam-macam yang bermain difikiran aku.Nak buat karangan apa ya.Melihatkan orang lain,mereka semua sudah berpura-pura menulis,tapi aku masih lagi mencari idea.Iya dan entah macam mana aku boleh terfikir idea aku sebungkus Biskut Cap Ping-Pong.Babi punya idea.Aku tulis sahaja.Diperbuat dari tepung,susu gula,gandum.Kemudian dikisar bla..bla..dibungkus kemudian diletak dipasaraya,duduk sebelah jenama lain dan berkenalan.Kemudian ada orang beli dan terus makan sambil cicah air teh O.Last sekali aku berasa gembira dapat memberi khidmat pada Tuan ku..Noharom!


Seminggu kemudian,cikgu memulangkan semula kertas ujian dan aku berasa amat terkejut kerana idea rabak seperti itu mampu merangkul A tahu?Aku simpan didalam beg rapi.Entah macam mana dirumah abang dan kakak aku boleh membaca karangan aku.Iya bagaimana karangan Biskut Cap Ping Pong boleh mendapat A?Tak ke pelik tu?


Tahun bertukar tahun,2006 menjelma,waktu dimana bulu-bulu sudah mulai memenuhi setiap rongga-rongga badan.Peperiksaan PMR bakal menentukan masa depan bebudak sama ada akan stay disekolah lama ataupun berpindah ke sekolah sains ataupun teknik.Seperti biasa ujian demi ujian aku tempuh dan perkara yang aku akan ingati sehingga hari ni mengenai karangan BM aku yang diajar oleh seorang guru yang sangat garang dan dalam ujian tu akan dapat pujian dan dijadikan karangan contoh.Berita karangan aku menjadi contoh itu tersebar ke seluruh tingkatan 3 pada masa itu,mereka semua tahu bukan calang-calang orang yang mampu mendapat pujian daripada cikgu tu.

"Kalau kamu baca karangan ini seolah-olah dia sendiri
pernah mengalami situasi tersebut"
-Cikgu BM-


Masa tu karangan yang jenis sambung-sambung ni..penghujung ceritanya " akhirnya kami semua selamat" dan aku kena rangka permulaan jalan cerita tu.Memandangkan aku tak suka membaca mana-mana buku dan pada masa tu aku hanya berbekalkan sedikit imaginasi dan rancangan televisyen yang pernah aku tonton.Permulaan cerita aku buat pasal budak-budak yang meredah hutan kemudian tersesat sampai malam,jumpa hantu pontianak kemudian kaki kawan dia patah,bekalan makanan habis,kemudian buat asap nak dapatkan bantuan,akhirnya ikut laluan air terjun kemudian sampai ke perkampungan orang asli dan akhirnya mereka selamat.


Bangga bukan kepalang lagi tahu? Masa tu bontot kembang kuncup kembang kuncup.Hidung tak usah cerita.Kira-kira seminggu jugak cerita tu hangat..dan biarlah ianya menjadi memori dalam hidup aku.Perghhhh..ini novel apa pulak ni yang kau baca.?


Kalau nak cerita pasal karangan SPM dan STPM tak usah cerita.Tak larat rasanya aku nak kongsikan.Dan setiap bait patah perkataan yang aku tulis ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang aku nampak dan aku terjemahkan dalam tulisan.Buat apa kau nak terasa sedangkan inilah realiti dalam hidup kau? Tak usah kau hipokrit dan berpura-pura menjadi orang lain.Ini karangan aku,ini hidup aku..kau..kau dan kau.

2 ulasan:

Syuhada berkata...

Karangan ni pon patot dpt A....hebak2....

ctpayong berkata...

itulah bakat namanya. bukan semua orang boleh menulis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...